Assalamualaikum.
Produk dandanan diri.
Hakikat di sebalik deodoran.
Jenis-jenisnya.
Antipeluh.
Mengawal peluh yang dirembeskan,kebanyakannya mengandungi garam aluminium yang
menghalang rembesan daripada kelenjar peluh.rumusan aktifnya - Aluminium klohidrat
(atau aluminium zirkronium klorohidrat)- bertindak balas dengan protien dalam peluh dan membentuk gel yang sebahagiannya menghalang kelenjar peluh.Ini terjadi dalam lapisan
kulit yang hampir dengan permukaan dan walaupun ia tidak mencegah perpeluhan, ia
mampu mengurangkannya.
Deodoran.
Dapat menghapuskan bakteria tetapi ia sama sekali tidak mampu mengatasi masalah
kelembapan.Ia mengandungi germisid ringan yang membunuh kuman dan biasanya
wangian yang mengandungi bau germisid.
Deodoran antipeluh.
Produk antipeluh yang dicampurkan sedikit pewangi untuk melindungi sebarang bau
yang kurang enak.
Kesan sampingan.
Produk yang bertujuan mencegah bau badan mengandungi bahan kimia yang mungkin
menjejaskan kesihatan.Banyak jenama yang dijual mengandungi satu atau lebih bahan
berikut:
Aluminium klorohidrat- Garam ini sering digunakan dalam produk antipeluh (garam-garam
lain termasuk aluminium klorida, aluminium sulfat dan aluminium fenosulfat).Garam-
garam ini boleh menjadi sangat berasid apabila ia bercampur dengan peluh dan
menyebabkan kerengsaan kulit.Dalam kes-kes yang serius,kerengsaan ini berkembang
menjadi dermatitis sentuhan dimana kulit menjadi merah dan gatal atau ruam yang
menyakitkan.
Dalam ujikaji keatas haiwan,satu pendedahan kepada semburan aluminium klorohidrat
meninggalkan partikel-partikel aluminium dalam paru-paru selama lebih dua bulan.
Aluminium daripada sumber-sumber lain telah dikaitkan dengan pelbagai gangguan
otak,termasuk penyakit Alzheimer.
Deodoran dengan aluminium klorohidrat yang diaktifkan adalah lebih berkesan tetapi
berhati-hatilah kerana kekuatan tambahan itu mungkin menyebabkan sesetengah orang
ditumbuhi ruam.
Triclosan- Ini adalah antimikrob yang tidak terbukti mampu membunuh bakteria
menyebabkan bau badan.Menurut pentadbiran makanan dan ubatan Amerika, dos
triclosan yang tinggi dan kekal dalam kulit manusia yang lambat metabolismenya
boleh merosakkan hati.Ia juga tidak aktif menentang pseudomonas, salah satu
bakteria gram-negatif yang paling berbahaya.
Parabens - Juga dikenali sebagai hidrobenzoat, bahan-bahan kimia ini digunakan
secara meluas sebagai bahan pengawit dalam kosmetik kerana mempunyai ciri-
ciri antibekteria dan antikulat. Bahan ramuan ini pada umumnya diketahui
menyebabkan alahan atau masalah kulit bagi pengguna yang bagi pengguna yang
yang sensitif.
Alkohol dan haruman-Ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit di kalangan
pengguna yang berkulit sensitif.
