Assalamulaikum,salam 1 malaysia.
Hilangkan bosan dalam pesawat.
Poated by BinDaud 1 feb.2015.
Macam mana nak hilangkan bosan dalam pesawat...
Kebosanan pasti pernah dialami ramai orang yang melalukan penerbangan jarak jauh terutama apabila kapal terbang tidak menyediakan kemudahan hiburan,
Telefon bimbit yang menjadi gajet utama bermain pelbagai aplikasi yang dimuat turun sudah tidak dapat membantu menghilangkan kebosanan.Justeru, bagi anda yang akan melakukan penerbangan yang mengambil masa yang panjang, bawalah pelbagai barangan berikut yang boleh menghilang rasa bosan anda
.
>Penutup mata.
Benda ini penting,jika anda berniat untuk tidur lama dalam perjalanan.Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tidak masuk dan anda boleh tidur dengan lenanya.
>Bantal tiup.
Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam keadaan duduk.Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.
>Buku.
Bawa buku atau bacaan lainnya,pilih bacaan yang ringan seperti novel maupun komik.Ini mungkin boleh menghilangkan rasa bosan anda.
> Jaket.
Jaket untuk mengelak anda kesejukan sepanjang penerbangan,bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian .
>Permainan.
Bawa pelbagai permainan untuk mengisi masa contoh buku silankata ataupun soduku.
>Peralatan elektronik.
Bawalah bersama gajet kegemaran anda,ipad,ipod dan sebagainya yang membolehkan anda bermain game,menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti.
>Pemain muzik.
Pemain muzik seperti mp3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan.Ia juga berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.
>Gula getah.
Gula-gula getah boleh meredakan mabuk sepanjang penerbangan.
>Ubat.
Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan.
Terima kasih kerana membaca entry saya.
Itulah sedikit sebanyak cara nak hilangkan bosan dalam pesawat...
Sumber: Berita harian.
