Posted by Bindauds.[28/2/2015].
Fahami perjanjian jual beli.
Sebelum membeli sebuah rumah,pembeli perlu memastikan dulu mengenai pemaju perumahan:
- Mempunyai lesen pemaju yang sah.
- Ada permit jualan dan pengiklanan yang sah.
- kategori rumah dan waktu siap.
- perjanjian jual beli bagi rumah seperti rumah banglo,rumah semi-d dan rumah teres perlu dinyatakan tempoh siapnya dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh menandatangani perjanjian jual beli.
- Bangunan bertingkat seperti kondominium,pangsapuri dan rumah bandar,meati dinyatakan tempoh siapnya dalam tempoh 36 bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jual beli.
- Pembeli dinasihatkan mendapatkan brosur secara percuma daripada pemaju untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya mengenai projek itu,termasuk maklumat seperti lesen,permit dan sebagainya.
Jenis tanah.
- Pastikan pemaju adalah pemilik bagi tanah yang dimajukanitu,jika dia bukan pemilik,dia hendaklah membuat perjanjian dengan pemilik tanah yang menyatakan persetujuan penjualan tanah untuk tujuan pembangunan perumahan.
- Pastikan juga terdapat perkara lain yang berkaitan seperti gadaian,bayaran mudah dan sebagainya.
- Pastikan juga sekiranya hak pemilik individu dikeluarkan dan dipajak dengan institusi kewangan yang anda ingin membuat pinjaman.
Jangkamasa tanah.
Sesebuah projek perumahan mempunyai tempoh terhadap penggunaan tanah.
>Pegangan bebas
>Pajakan 99 tahun.
> Tanah rizab melayu.
Maklumat berkaitan projek perumahan.
Sebelum membeli dapatkan maklumat mengenai projek perumahan itu.
- Brosur berkaitan projek perumahan.
- Spesifikasi bahan binaan.
- Contoh perjanjian jual beli.
- Kawasan binaan.
- Lokasi rumah yang akan dibina.
- Jangkaan tarikh siap.
- Catatan keadaan tapak seperti berbukit,bekas tanah lombong dan kawasan berpaya.
- Nombor rujukan bagi pelan binaan oleh pihak berkuasa tempatan.
Hak dan feadah bagi pembeli bawah perjanjian jual beli.
Perjanjian jual beli hendaklah mematuhi piawaian perjanjian sebagaimana dalam jadual G dan H.pemaju perumahan peraturan[kawalan dan perlesenan] 1989.
Pembeli hendaklah membaca dan memahami kandungan perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.atau Baca disini.
Bayaran pertama.
Pembeli hendaklah menandatangani perjanjian jual beli pada waktu bayaran pertama dibuat iaitu 10 peratus daripada harga jualan kepada pemaju.Pastikan tarikh bayaran pertama dan tarikh perjanjian jual beli adalah sama.
Pemaju dilarang daripada mengutip sebarang bayaran dalam apa jua bentuk sebelum perjanjian jual beli ditandatangani.
Pengesahan arkitek,
Setiap notis diperlukan bagi bayaran hendaklah disokong dengan pengesahan daripada arkitek pemaju atau jurutera bertauliah.
Feadah bayaran lewat.
Jika pembeli atau pembiaya akhir pembeli gagal menyelesaikan bayaran ansuran dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang ditetapkan. Pembeli dikhendaki membayar feadah kepada pemaju berdasarkan kiraan hari ke hari pada kadar 10 peratus setahun bagi bagi ansuran yang gagal dijelaskan.
Penamatan perjanjian.
Anda perlu diingatkan bahawa kegagalan membayar sebarang ansuran dan kadar feadah pada mana-mana tarikh tidah melebihi 28 hari,pemaju boleh menamatkan perjanjian jual beli.
Pemaju hendaklah menghantar notis secara secara bertulis melalui pos berdaftar dengan menyatakan hasrat untuk menamatkan perjanjian jual beli. atau Baca disini.
Happy reading Bindaud terima kasih..

