Melabur dengan bijak.
Posted by BinDaud.
10 feb 2015.
Cara-cara nak melabur.
Salah satu daripada ciri pengguna yang bijak ialah kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan mereka. Kemahiran menguruskan wang dewasa ini telah menjadi aspek yang penting kerana ia boleh membantu membina kehidupan yang berkualiti.
Terdapat banyak cara bagaimana:
1-Memahami produk pelaburan.
Kenali produk pelaburan dipasaran dan kenal pasti peribadi anda sebagai pelabur,secara amnya pasaran modal tempatan boleh didapati dalam bentuk saham[ekuiti],bon,dagangan komuditi,waran,saham pinjaman,niaga hadapan dan indeks opsyen serta unit amanah.Pelaburan yang dibuat oleh seorang pelabur bijak bukan sahaja bergantung kepada matlamat pelaburan dan modal yang dimiliki tetapi juga kepada nilai risiko yang harus ditanggung.Semua pelaburan memiliki risiko,bezanya ialah setengah produk lebih berisiko berbanding yang lain.
Dengan mengenali keperibadian anda sebagai pelabur,anda dapat menilai tahap-tahap risiko yang sanggup atau boleh ditanggung yang mana ia memudahkan anda untuk memilih program pelaburan yang bersesuaian dengan profil anda,sama ada agresif,sederhana atau konservatif.Jika anda seorang yang tidak suka mengambil risiko tinggi,elakkan daripada memilih pelaburan ekuiti kerana harganya sentiasa berubah dalam masa yang singkat.Jangan sampai pelaburan yang dibuat mendatangkan rasa gelisah berpanjangan kepada diri anda.
2-Nilai pelaburan.
Bon,komuditi,niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi kerana ia memerlukan modal yang besar dalam urus niaga,berbeza dengan pelabur runcit di mana dia boleh memilih untuk melabur dalam ekuiti dan unit amanah yang tidak memerlukan modal besar.
Jika kita mempunyai masa untuk membuat penyelidikan tentang arah aliran pasaran dan gemar mencabar kebolehan diri anda boleh melabur terus dalam pasaran saham dan sanggup mengendalikan urusan pelaburan setiap hari serta menyediakan sejumlah wang yang setiap kali membuat pelaburan selain ingin mempelbagaikan pelaburan maka unit amanah sesuai untuk anda.
Pelaburan dalam unit amanah baca disini...
3-Kaji selidik.
Selidik dan kaji dulu sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan agar anda terselamat daripada bahana pelaburan yang dibuat berdasarkan khabar angin dan bukan fundamental. anda perlu kaji selidik laporan tahunaan syarikat,penyata kewangan yang berkaitan dan peka terhadap perkembangan pelaburan dalam dan luar negara.Gabungkan analisis fundamental dengan pemilihan masa yang tepat untuk memasuki pelaburan.Bagi unit amanah,teliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya.
Fahami prospektus dana dan dokumen yang mendatangkan kesan terhadap pelaburan yang dibuat dan bandingkankan prestasi dana syarikat antara syarikat-syarikat dalam bidang yang sama.Pertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan(tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi),namun perlu diingat,prestasi dana yang menggalakkan masa lalu bukan penjamin kepada prestasi masa hadapan.
4-Kepentingan simpanan kecemasan.
Kumpulkan wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan untuk tempoh 6 hingga 9 bulan sebelum memulakan sebarang pelaburan agar program pelaburan tidak terjejas,jika timbul keperluan kewangan yang mendesak, melabur dengan menggunakan wang simpanan meletakkan anda dalam risiko yang lebih besar.
5-Pelaburan jangka panjang.
Dalam dunia pelaburan akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka yang panjang,jadi anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh yang lebih lama.
Sejarah telah membuktikan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak pada tahap yang lebih tinggi setelah mengalami kemerosotan.Nmun, jika anda ingin mendapatkan keuntungan segera dengan melakukan spekulasi lakukan dengan berhati-hati dan pastikan ianya tidak akan membebankan anda jika berlaku kerugian.
6-Kepelbagaian pelaburan.
Bagi mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi,anda patut mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset.Sekiranya and hanya melabur dalam ekuiti,buatlah pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor.
Bagi pelaburan dalam unit amanah pula, pilih beberapa jenis dana dan tidak hanya terhad kepada satu dana sahaja,sumber dana boleh ditampung daripada keuntungan yang diperolehi dari dana yang lain.Jom bijak melabur. Baca disini...
Sumber:Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.[PKPKL]
Terma kasih kerana membaca entry ini.
