Makanan bayi

As Salam.

Makanan rameh banyak mengandungi gula.

Makanan, minuman bayi komersial banyak gula berisiko kesihatan!.
Kajian menunjukkan makanan bayi di pasaran mengandungi banyak gula  dan boleh
menyemai tabiat gemarkan gula di kalangan bayi(malah mungkin sebati dengan
dirinya).
Ini boleh membawa padah kepada masalah kesihatan seperti kerosakan gigi,kencing
manis dan kegemukan pada kemudian hari.
Bayi yang normal dan sihat tidak memelukan sebarang gula dalam makanannya
selain apa yang terdapat secara asli di dalam buah-buahan dan tenusu.


Penambahan gula ke dalam  makanan bayi juga tidak perlu kerana  ia kekurangan
vitamin dan zat galian yang penting untuk kesihatan.Tetapi ketika anda membeli 
makanan bayi di kedai,kebanyakkannya adalah gula

 
Menipu bayi.
Helah lebel dan taktik perdagangan pengeluar makanan bayi.
Adakah bayi anda diberikan makanan komersial dalam paket
atau balang?.
Makanan bayi komersial adalah:
  • Makanan bergula yang berisiko mejejaskan kesihatan.
  • Makanan remeh yang diproses berkali-kali dan dicairkan.
  • Air yang di pekatkan.
  • "Diperkuatkan" dengan bahan kimia,kapur dan sepihan besi.
  • Tidak berkhasiat dan,
  • Tidak bernilai untuk wang anda 


Bindauds blog informasi.


Tip:Tolak kekufuran dan pilih keimanan, kita akan bahagia dunia
      dan akhirat -Prof Dr Muhaya.


Petua :Orang cemerlang sentiasa melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin.
             Komitmen terhadap tugas amat tinggi dan sentiasa membuat
             persediaan rapi- Dato Dr Fadzilah Kamsah.


Sumber: PPIM
                Fomca
                Persatuan Pengguna.
                Panduan Pengguna.


kosmetik

As Salam.

Sumber haiwan dalam kosmetik.

Jika anda khuatir kosmetik yang  anda gunakan mengandungi bahan ramuan
daripada sumber haiwan,awasi dan elakkan produk yang mengandungi
bahan berikut.


    #Ambergris- Diekstrak daripada saluran usus ikan paus sperma.

    #Castoreum- Haruman yang diperolehi daripada kelenjar seks beaver.

    #Hyaluronic- Diperolehi  daripada balung ayam.

    #Lanolin-  Bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri.

    #Mink oil-  Digunakan sebagai pelembut dalam produk pelembap dan
                       sebagai perapi dalam syampu dan produk  pedandan rambut.

    #Spermaceti- Juga di kenali sebagai cetyl  palmitate. Bahan  berlilin
                          daripada kepala ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba.

     #Tallow- Diperolehi melalui kaedah merebus organ dan tisu kambing,
                     biri-biri dan lembu selepas ia disembelih dan dilapah isinya.

     #Allantoin- Diperolehi  daripada sumber lembu dan terkandung dalam
                         krim serta losen.

     # Gelatin- Protein yang diperolehi melalui keadah merebus kulit,tendon,ligamen
                       atau tulang lembu dan babi dengan air.Digunakan dalam syampu.
                      topeng muka dan kosmetik lain.

      #Keratin- Daripada tanduk, kuku, pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan
                      yang telah dikisar.Digunakan dalam bilasan rambut, syampu
                     dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang.

      #Musk oil- Diperolehi daripada alat kelamin rusa, beaver,.muskrat,
                         kucing civet dan memerang.

       #Pristane- Diperolehi daripada minyak hati ikan jerung dan ambergris ikan paus.

       #Ribonucleic acid- Diperolehi daripada sisa buangan rumah sembelihan, digunakan
                                      dengan banyaknya  dalam kosmetik dan syampu berprotien.

       #Squalene- Minyak daripada hati ikan jerung dan sebagainya. Digunakan dalam
                          kosmetik,pelembap dan pewarna rambut.

       #Stearic acid- Lemak dari lembu, kambing biri-biri,anjing dan kucing daripada
                              rumah pemeliharaan haiwan.
                              Paling kerap  ia merujuk kepada bahan berlemak yang
                              diperolehi daripada perut babi. Digunakan dalam kosmetik,sabun
                              semburan rambut,pendandan,deodoran dan krim.


Bindaudsblog-kita pengguna.


Tip:  Plih jalan ke arah ketenangan dalam segala hal dan banyakkan medengar daripada bercakap,
         ambil tahu dan tunjukan minat tentang kejayaan orang lain.
         _Prof Muhaya.


Petua:  Orang cermerlang sentiasa fokus pada kejayaan dan mempunyai visi
            dan misi yang besar dan bermakna.


        



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...