Bahaya toksin.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Banyaknya toksin.
Kita mungkin tidak menyedarinya namun terdapat bahaya yang tersembunyi terutamanya dalam makanan kita yang mungkin mengambil tenaga dan menjadikan kita keletihan sepanjang masa, malah bahaya yang tersembunyi ini juga boleh menjadi punca di sebalik masalah memori kita,sakit sendi,tidur yang tidak lena,pedih ulu hati,sembelit,libido yang rendah dan banyak lagi.Ianya memburukkan keadaan dan juga boleh membunuh kita.
Bahaya tersembunyi di dalam Monosodium Glutamat[MSG.] - Penambah perisa yang merangsang sel-sel kearah kematian.
         -Kita akan terkejut jika mengetahui bahawa banyak makanan yang kita makan pada masa kini dipertingkatkan dengan MSG  kerana ia adalah murah dan mampu  untuk menyedapkan rasa makanan!. Ia berada dalam makanan segera,makan junk,makanan ringan,makanan dalam tin,makanan sejuk beku,sos soya,sos cili,kuah,stu,kuah salad,campuran perasa,daging yang diawet dan pes makanan. MSG yang sangat menagihkan, menyebabkan kita untuk terus mendapatkanya dan akhirnya makan secara berlebihan. Dalam proses ini sel-sel otak akan dimusnahkan!.
  • Bahaya di dalam pengawet makanan- Melanjutkan tempoh hayat makanan dengan perbelanjaan kesihatan kita.
       -  Formaldehil yang merupakan toksik dan bahan kimia yang murah dan biasa digunakan sebagai agen pengawetan atau disinfektan untuk membersihkan lantai terdapat dalam tauhu,mi,ikan segar,ikan masin,buah-buahan dan sayur-sayuran, banyak pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab gemar menggunakan bahan ini disebabkan oleh sifat-sifat bahan pengawet   yang kukuh dan berkeupayaan untuk meningkatkan ciri-ciri visual produk makanan.

  • Bahaya di dalam pewarna makanan.- Makanan yang menarik,kesihatan yang teruk.
       -Pewarna tiruan terdapat di dalam ribuan makanan contoh: hot dog,sosej,daging,makanan tin,soda,jus buah-buahan,keju,bar,bijirin,gula-gula donat,,kek  dan apa saja. Pewarna ini juga meningkatkan risiko  kanser,hiperaktif dan alahan..



  •  Bahaya dalam hormon- Protein sihat atau bahan kimia yang membimbangkan?
       - Menyuntik hormon ke dalam ternakan boleh membuat ianya menambah berat badan dengan lebih cepat dan menghasilkan daging yang banyak.Hormon juga meningkatkan pengeluaran susu  dalam lembu tenusu, walau bagaimanapun,hormon berlebihan dalam bekalan makanan menyumbang kepada kanser,akil baligh awal bagi kanak-kanak perempuan dan masalah-masalah kesihatan yang lain kepada manusia.
  • Bahaya tersembunyi di dalam ikan-Omega-3 yang menyokong otak atau Karsinogen Dioksin,PCB,Logam berat dan Radioaktif.?
       -Ia tidak menghairankan bahawa terdapat kebimbangan yang tinggi berhubung keselamatan memakan ikan-ikan laut.Oleh kerana pencemaran alam sekitar dan kesan sampingan radioaktif yang besar, maka sumber makanan laut kita berkemungkinan tercemar dengan PCB[Polychlorinated biphenyls],radioaktif,dioksin,logam berat dan lain-lain.
    
Kesemua toksin ini membebankan bukan saja pada hati kita tetapi juga pada organ-organ  penting yang lain dari masa kesemasa. Dan ia membuatkkan kita lebih mudah terdedah kepada penyakit setiap hari, oleh itu bagaimana kita boleh melindungi diri kita dari toksin ini.
Enjoy.

Keracunan makanan.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Cara mengelakkan keracunan makanan.

  • Membasuh tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan atau semasa terhenti diantaranya.
  • mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makan yang belum dimasak atau yang masih mentah,ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum dimasak.
 

  •  Pilih makanan yang telah diproses[atau dimasak] untuk menjaga keselamatan.Banyak makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agak selamat dalam semulajadinya,yang selainnya mungkin tidak begitu selamat jika tidak diproses.
  • Masak makanan dengan teliti kerana banyak makanan mentah tercemar dengan 'kuman' membawa penyakit,contohnya daging dan susu.
  • Makan makanan yang telah dimasak serta-merta.Apabila makanan telah menjadi sejuk,'kuman'lebih mudah mencemarinya.Lebih lama dibiarkan, lebih tinggi risikonya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat dalam keadaan yang sesuai- panas atau dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti.Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada 'kuman'  yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
  • Jaga kebersihan dapur serta permukaan tempat memasak.
      Sekian.
       -Sumber, PKPKL.
       

Membeli kereta terpakai.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai.

Kereta terpakai merujuk kepada kereta yang dijual oleh pemilik kenderaan selepas menggunakannya untuk satu jangka masa,biasanya 20% -30% harganya lebih murah daripada pasaran.Terdapat sesetenggah kereta terpakai yang berada dalam keadaan baik dan mempunyai kadar pembatuan yang rendah,ada juga yang masih dalam jaminan.Sekiranya anda bertuah,anda mungkin mendapat kereta yang seperti ini kerana anda sebenarnya membayar  kurang untuk kualiti dan perkhidmatan yang anda terima.


Pemeriksaan yang penting sebelum membeli kereta terpakai.
Pandu-uji[test drive] dahalu sebelum membelinya, ini kerana ia merupakan cara yang paling efektif untuk mengatahui keadaan kereta tersebut,anda masih mempunyai peluang untuk menolak kereta tersebut.Pastikan anda memilih jalan yang mempunyai bonggol jalan kerana kebanyakan penjual kereta akan memilih jalan yang lurus dan agak licin sahaja.Beri perhatian  kepada sebarang bunyi yang dikeluarkan oleh kereta dan cuba buat brek kecemasan,berikut sedikit sebanyak perkara yang harus diberi perhatian:

1]Periksa pedal kereta, pastikan ia dalam keadaan baik.
Sekiranya pedal brek haus,ini bermakna ia telah banyak digunakan di bandar dan sekiranya pedal minyak haus, ini menunjukan ia banyak digunakan di lebuh raya....

2]Lihat keseluruhan badan kereta,sekiranya terdapat cat yang bertompok-tompok serta tidak seragam.Ini menunjukan kereta tersebut telah menjalani pembaikpulihan selepas satu kemalangan yang teruk atau mungkin juga berkarat.

3]Perisa sekiranya terdapat minyak yang bocor di bawah kereta,ini menunjukan kereta itu mengalami masalah.

4]Paip ekzos harus diperiksa jika telah berkarat. Jika paip ekzos ini bocor,ia akan berwarna hitam,maka pastikan paip ekzos tidak bewarna hitam dan tidak berkarat.

5]Lihat odometer dalam kereta untuk membaca jumlah pembatuan.Pembatuan merupakan jumlah kilometer yang telah di pandu dengan kereta tersebut,namun,tidak ada masalah jika kereta dijaga dengan baik.

6]Cuba lihat wayar dan paip sambungan dalam bonet kereta.Pastikan ia tidak berselirat keran ini menunjukkan yang anda mungkin perlu belanjakan wang untuk membaikinya dalam masa yang terdekat.




 7]Perisa tayar sekiranya ia haus atau terdapat rekahan.Tayar yang kehausanya tidak seimbang menunjukan penjajaran[alignment] tidak dibuat dengan baik.

8]Getah pada pintu kereta haus. cuba buka dan tutup pintu kereta tersebut beberapa kali dan periksa
tingkap,terutamanya yang menggunakan kuasa automatik serta kunci kereta berfungsi dengan baik.

9]Buat sedikit menyelidikan tentang kecekapan penggunaan petrol kereta tersebut.Sesetengah kereta mempunyai kecekapan penggunaan petrol yang lemah.

10]Dapatkan nombor pengenalan kenderaan dan buat pemeriksaan dengan JPJ.Anda juga boleh menyemak sekiranya terdapat saman untuk kenderaan tersebut atau saman tertunggak.

Anda harus beringat bahawa jangan sesekali membuat pembayaran tanpa melihat geran kereta untuk mengelak diri dari penipuan,anda juga mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman bank anda sendiri.Itu serba sedikit  cara atau pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai.
Sekian ,happy reading,bindaudsblog,terimakasih.

Telefon pintar.

Assalamualaikum salam 1 malaysia.
Telefon pintar posted by BinDaud.[18/3/2015].

Hati-hati membeli telefon pintar,kaji banyak faktor elak pembaziran.

Telefon pintar menjadi kegilaan generasi baharu,satu demi satu model dikeluarkan,namun tetap menerima sambutan hangat dan laris seperti pisang goreng panas.Namun, pengguna perlu tahu hayat telefon pintar kebanyakannya tidak panjang seperti telefon genggam awal pengeluaran dulu.Selain aplikasi yang membebankan penggunaan beteri,telefon pintar dikatakan mudah terdedah kepada virus ketika menlayari internet.

Sebelum membeli ,pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi kegunaan,kualiti seterusnya pakej pelan  ditawarkan telefon berkenaan.Pembelian berbaloi dan mengambil kira bajet ditetapkan didapati melalui:

Tawar-menawar.
Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan.Lebih dikesalkan,ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan, sebab itu,jangan terus beli,sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawar telefon beserta aksesori terlebih dulu bagi membuat  perbandingan harga.

Pilih yang menawarkan harga yang paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai.Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baru saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan,biasanya telefon bimbit akan turun sebaik model baharu dilancarkan.

Elak pembelian secara ansuran.
Aliran telefon pintar berubah saban minggu,persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baharu dalam tempoh singkat.Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu.

Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun. Sebaiknya,lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu tunggu sehingga harganya jatuh.Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih.

Hindari pakej pasca bayar mahal.
Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung melalui aplikasi Whatsapp,Telegram,Line dan sebagainya.

Pekej pelan internet itu meliputi 1MB[megabit], 2MB,5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan.Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih.

Untuk lebih penjimatan anda disarankan memilih  pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit.

Utamakan aksesori penting.
Telefon pintar memerlukan perlindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar,comot,malah retak.Namun elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang mahal,ada kalanya  tidak masuk akal.

Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan[handsfree],alat pengecas kuasa tambahan[power bank],sarung[casing] dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.Hati-hatilah membeli.
Sekian, terima kasih.Bindaud ...

Panduan Beli Rumah.

Assalamualaikum salam 1dunia.
Posted by Bindauds.[28/2/2015].


Fahami perjanjian jual beli.

Sebelum membeli sebuah rumah,pembeli perlu memastikan dulu mengenai pemaju perumahan:
  • Mempunyai lesen pemaju yang sah.
  • Ada permit jualan dan pengiklanan yang sah.
  • kategori rumah dan waktu siap.
  • perjanjian jual beli bagi rumah seperti rumah banglo,rumah semi-d dan rumah teres perlu dinyatakan tempoh siapnya dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh menandatangani perjanjian jual beli.
  • Bangunan bertingkat seperti kondominium,pangsapuri dan rumah bandar,meati dinyatakan tempoh siapnya dalam tempoh 36 bulan dari tarikh menandatangani perjanjian jual beli.
  • Pembeli dinasihatkan mendapatkan brosur secara percuma daripada pemaju untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya mengenai projek itu,termasuk maklumat seperti lesen,permit dan sebagainya.

Jenis tanah.

  • Pastikan pemaju adalah pemilik bagi tanah yang dimajukanitu,jika dia bukan pemilik,dia hendaklah membuat perjanjian dengan pemilik tanah yang menyatakan persetujuan penjualan tanah untuk tujuan pembangunan perumahan.
  • Pastikan juga terdapat perkara lain yang berkaitan seperti gadaian,bayaran mudah dan sebagainya.
  • Pastikan juga sekiranya hak pemilik individu dikeluarkan dan dipajak dengan institusi kewangan yang anda ingin membuat pinjaman.

Jangkamasa tanah.
Sesebuah projek perumahan mempunyai tempoh terhadap penggunaan tanah.
>Pegangan bebas
>Pajakan 99 tahun.
> Tanah rizab melayu.

Maklumat berkaitan projek perumahan.
Sebelum membeli dapatkan maklumat mengenai projek perumahan itu.
  • Brosur berkaitan projek perumahan.
  • Spesifikasi bahan binaan.
  • Contoh perjanjian jual beli.
  • Kawasan binaan.
  • Lokasi rumah yang akan dibina.
  • Jangkaan tarikh siap.
  • Catatan keadaan tapak seperti berbukit,bekas tanah lombong dan kawasan berpaya.
  • Nombor rujukan bagi pelan binaan oleh pihak berkuasa tempatan.
 
 Hak dan feadah bagi pembeli bawah perjanjian jual beli.
      Perjanjian jual beli hendaklah mematuhi piawaian perjanjian  sebagaimana dalam jadual G dan H.pemaju perumahan peraturan[kawalan dan perlesenan] 1989.

      Pembeli hendaklah  membaca  dan memahami  kandungan perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.atau  Baca disini.

Bayaran pertama.
  Pembeli hendaklah menandatangani perjanjian jual beli pada waktu bayaran pertama dibuat iaitu 10  peratus daripada harga jualan kepada pemaju.Pastikan tarikh bayaran pertama  dan tarikh perjanjian jual beli adalah sama.
   Pemaju dilarang daripada mengutip sebarang bayaran dalam apa jua bentuk sebelum perjanjian jual beli ditandatangani.


 Pengesahan arkitek,
   Setiap notis diperlukan bagi bayaran hendaklah disokong dengan pengesahan daripada arkitek pemaju atau jurutera bertauliah.



 Feadah bayaran lewat.
   Jika pembeli atau pembiaya akhir pembeli gagal menyelesaikan bayaran ansuran dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang ditetapkan. Pembeli dikhendaki membayar feadah kepada pemaju berdasarkan kiraan  hari ke hari pada kadar 10 peratus setahun bagi bagi ansuran yang gagal dijelaskan.


Penamatan perjanjian.
  Anda perlu diingatkan bahawa  kegagalan membayar sebarang ansuran dan kadar feadah pada mana-mana tarikh tidah melebihi 28 hari,pemaju boleh menamatkan perjanjian jual beli.
  Pemaju hendaklah menghantar notis secara secara bertulis melalui pos berdaftar dengan  menyatakan hasrat untuk menamatkan perjanjian jual beli.   atau Baca disini.
Happy reading Bindaud  terima kasih..


 

    Gula.

    Assalamualaikum,salam 1 malaysia.
    Posted by Bindaud [26/2/2015].
    Saya baru nak update blog..
    Cerita pasal,
    Gula  racun jika berlebihan.

    JENIS GULA.

    Gula semula jadi.
    > Tidak diproses dan mengandungi kalori rendah dan nutrien yang tinggi.
    >Tidak memberi kesan besar kepada paras gula dalam darah.
    >Memberi kesan baik kepada kesihatan jika tidak ditapis dan diambil bersama makanan lain.Pastikan anda mengambilnya secara sederhana.

    Gula terproses.
    >Gula daripada sumber tumbuhan yang diproses sehingga hilang semua khasiat vitamin,mineral dan asid amino.
    >Digunakan secara meluas dan memberi kesan kesihatan.
    >Antara jenis gula bertapis ialah sukrosa,contoh gula pasir.

    Gula buatan.
    > Ini termasuk Aspartame,Acessulfat K dan Sucrasole.
    >Ada juga 'gula alkohol' yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
    >Gula jenis ini tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan,ais krim,gula-gula,bijirin sarapan,kek dan minuman berperisa.


    Panduan mengurangkan gula.
    .> Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau kodial.
    >Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
    >Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan lebih sihat seperti buah-buahan.
    >Kurangkan kekerapan mengambil makanan bergula.
    > Elakkan mengambil makanan bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

    >Semak kandungan gula pada senarai  ramuan sesuatu produk makanan.
    Sekiranya gula tersenarai sebagai bahan awal ramuan, ini bermakna makanan tadi mengunakan gula sebagai komponen utama.
    >Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
    Happy reading.Bindauds blog,Terima kasih.
    Sumber:  Berita Harian.



    Lindungi kad kredit anda daripada fraud.

    Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
    Posted by BinDaud.[14/2/2015].

    Nak cerita pasal kad credit.
    Lindungi kad kredit anda daripada fraud.

    Fraud dalam kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada tehadap fraud ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melundungi anda.Walaubagaimanapun anda juga harus mengambil langkah untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud.

    Lindungi kad kredit anda.
    1-Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja  ia diterima.
       >Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit, supaya jika ia hilang atau di curi anda akan menyedarinya dengan serta merta.

    2-Usah pinjamkan kad kredit anda kepada sesiapa sahaja.

    3- Jangan berikan butir-butir kad kredit anda[contohnya nombor kad dan tarikh luput] kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon,pos atau internet.

    4-Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut dibelakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau memdedahkannya kepada pihak ketiga.




    5-Simpan nombor telefon pengeluar kad credit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta- merta untuk melaporkan  sebarang kehilangan/kecurian kad,urus-niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga.

    6-Pastikan anda tidak memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila menerima kad baru,

    7-Periksa transaksi kad kredit anda untuk mengelakkan urus niaga tanpa kebenaran.

    8-Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga melalui kad kredit.

    9-Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan kad kredit anda sebaik sahaja ia diterima.

    10-Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta- merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran dan musnahkan semua slip urus niaga sebelum anda membuangnya.

    Terima kasih kerana membaca entry ini.
    Sumber:  Infoperbankan.

    Pelabur bijak.

    Assalamualaikum,salam 1 Malaysia.
     Melabur dengan bijak.
    Posted by BinDaud.
    10 feb 2015.

    Cara-cara nak melabur.
     Salah satu daripada ciri pengguna yang bijak ialah kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan mereka. Kemahiran menguruskan wang dewasa ini telah menjadi aspek yang penting kerana ia boleh membantu membina kehidupan yang berkualiti.
     Terdapat banyak cara bagaimana:
    1-Memahami produk pelaburan. 
    Kenali produk pelaburan dipasaran dan kenal pasti peribadi anda sebagai pelabur,secara amnya pasaran modal tempatan boleh didapati dalam bentuk saham[ekuiti],bon,dagangan komuditi,waran,saham pinjaman,niaga hadapan dan indeks opsyen serta unit amanah.Pelaburan yang dibuat oleh seorang pelabur bijak bukan sahaja bergantung kepada matlamat pelaburan dan modal yang dimiliki tetapi juga kepada nilai risiko yang harus ditanggung.Semua pelaburan memiliki risiko,bezanya ialah setengah produk lebih berisiko berbanding yang lain.

     Dengan mengenali keperibadian anda sebagai pelabur,anda dapat menilai tahap-tahap risiko yang sanggup atau boleh ditanggung yang mana ia memudahkan anda untuk memilih program pelaburan yang bersesuaian dengan profil anda,sama ada agresif,sederhana atau konservatif.Jika anda seorang yang tidak suka mengambil risiko tinggi,elakkan daripada memilih pelaburan ekuiti kerana harganya sentiasa berubah dalam masa yang singkat.Jangan sampai pelaburan yang dibuat mendatangkan rasa gelisah berpanjangan kepada diri anda.

     2-Nilai pelaburan.
     Bon,komuditi,niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi kerana ia memerlukan modal yang besar dalam urus niaga,berbeza dengan pelabur runcit di mana dia boleh memilih untuk melabur dalam ekuiti dan unit amanah yang tidak memerlukan modal besar.

    Jika kita mempunyai masa untuk membuat penyelidikan tentang arah aliran pasaran dan gemar mencabar kebolehan diri anda boleh melabur terus dalam pasaran saham dan sanggup mengendalikan urusan pelaburan setiap hari serta menyediakan sejumlah wang yang setiap kali membuat pelaburan selain ingin mempelbagaikan pelaburan maka unit amanah sesuai untuk anda.
    Pelaburan dalam unit amanah baca disini... 

    3-Kaji selidik.
    Selidik dan kaji dulu sebelum membuat sebarang bentuk pelaburan agar anda terselamat daripada bahana pelaburan yang dibuat berdasarkan khabar angin dan bukan fundamental. anda perlu kaji selidik laporan tahunaan syarikat,penyata kewangan yang berkaitan dan peka terhadap perkembangan pelaburan dalam dan luar negara.Gabungkan analisis fundamental dengan pemilihan masa yang tepat untuk memasuki pelaburan.Bagi unit amanah,teliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya.

    Fahami prospektus dana dan dokumen yang mendatangkan kesan terhadap pelaburan yang dibuat dan bandingkankan prestasi dana syarikat antara syarikat-syarikat dalam bidang yang sama.Pertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan(tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi),namun perlu diingat,prestasi dana yang menggalakkan masa lalu bukan penjamin kepada prestasi masa hadapan.

    4-Kepentingan simpanan kecemasan.
    Kumpulkan wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan untuk tempoh 6 hingga 9 bulan sebelum memulakan sebarang pelaburan agar program pelaburan tidak terjejas,jika timbul keperluan kewangan yang mendesak, melabur dengan menggunakan wang simpanan meletakkan anda dalam risiko yang lebih besar.

    5-Pelaburan jangka panjang.
    Dalam dunia pelaburan akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka yang panjang,jadi anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh yang lebih lama.
    Sejarah telah membuktikan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak pada tahap yang lebih tinggi setelah mengalami kemerosotan.Nmun, jika anda ingin mendapatkan keuntungan segera dengan melakukan spekulasi lakukan dengan berhati-hati dan pastikan ianya tidak akan membebankan anda jika berlaku kerugian.

    6-Kepelbagaian pelaburan.
    Bagi mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi,anda patut mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset.Sekiranya and hanya melabur dalam ekuiti,buatlah pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor.

    Bagi pelaburan dalam unit amanah pula, pilih beberapa jenis dana dan tidak hanya terhad kepada satu dana sahaja,sumber dana boleh ditampung daripada keuntungan yang diperolehi dari dana yang lain.Jom bijak melabur. Baca disini...

    Sumber:Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.[PKPKL]
    Terma kasih kerana  membaca entry ini.

    Hilangkan bosan dalam pesawat.

    Assalamulaikum,salam 1 malaysia.
     Hilangkan bosan dalam pesawat.
    Poated by BinDaud 1 feb.2015.

     Macam mana nak hilangkan bosan dalam pesawat... 

    Kebosanan pasti pernah dialami ramai orang yang melalukan penerbangan jarak jauh terutama apabila kapal terbang tidak menyediakan kemudahan hiburan, Telefon bimbit yang menjadi gajet utama bermain pelbagai aplikasi yang dimuat turun sudah tidak dapat membantu menghilangkan kebosanan.Justeru, bagi anda yang akan melakukan penerbangan yang mengambil masa yang panjang, bawalah pelbagai barangan berikut yang boleh menghilang rasa bosan anda

    . >Penutup mata. Benda ini penting,jika anda berniat untuk tidur lama dalam perjalanan.Pilih penutup mata berwarna hitam agar cahaya benar-benar tidak masuk dan anda boleh tidur dengan lenanya.

    >Bantal tiup. Kini banyak bantal kembara yang dijual untuk menyokong leher ketika tidur dalam keadaan duduk.Belilah model bantal tiup yang senang untuk disimpan dan menjimatkan ruang ketika ia sudah tidak diperlukan.

     >Buku. Bawa buku atau bacaan lainnya,pilih bacaan yang ringan seperti novel maupun komik.Ini mungkin boleh menghilangkan rasa bosan anda.

     > Jaket. Jaket untuk mengelak anda kesejukan sepanjang penerbangan,bekalkan diri anda dengan jaket yang bersesuaian .

    >Permainan. Bawa pelbagai permainan untuk mengisi masa contoh buku silankata ataupun soduku.

    >Peralatan elektronik. Bawalah bersama gajet kegemaran anda,ipad,ipod dan sebagainya yang membolehkan anda bermain game,menonton filem dan pelbagai lagi aktiviti.

    >Pemain muzik. Pemain muzik seperti mp3 boleh menjadi pilihan tepat untuk mengisi waktu saat dalam penerbangan.Ia juga berfungsi sebagai penutup telinga semasa tidur.

     >Gula getah. Gula-gula getah boleh meredakan mabuk sepanjang penerbangan.


     >Ubat. Ubat sakit kepala ataupun ubat antimabuk menjadi pilihan ubat-ubatan yang anda harus bawa saat penerbangan. Terima kasih kerana membaca entry saya. Itulah sedikit sebanyak cara nak hilangkan bosan dalam pesawat...

     Sumber: Berita harian.

    Gula pasir.

                                                     Assalamualaikum dan,salam 1 Malaysia.
     Dengan Bismillah.
    Posted by BinDaudsblog Jan 14 2015.


    Cerita hari ini.
    Apakah bahaya gula pasir.?
    Gula pasir adalah yang terburuk dari semuanya itu.Dan tidak hanya yang terburuk,gula pasir yang paling banyak kita gunakan.

    Pasal apa?.
    Pertama, gula pasir tidak mengandungi zat makanan,akibat proses pengolahannya. Kedua,gula pasir tidak mengandungi lagi Chromium iaitu mineral yang erat hubungannya dengan faktor toleransi glukosa di dalam darah.

    Memang harus diakui bahawa manusia menyukai rasa manis di antara rasa-rasa yang lain,hampir tanpa kecuali.Harus diakui pula selama proses pengolahan dan pemecatan gula [menjadi gula pasir],telah menjadi pembuangan zat makanan secara besar-besaran.

                                                               


    Satu sudu teh gula pasir yang  anda makan sehari-hari, kira-kira sama dengan 12 biji epal atau sebiji gula bit [sebesar kepala bayi].Anda memang mendapat rasa manis dari gula[pasir] itu, tetapi dari mana anda dapat memperolehi zat-zat makanan lain dari buah epal yang sekarang telah berubah menjadi "pasir"?.



    Sekian ,happy reading.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...