Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
Pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai.
Kereta terpakai merujuk kepada kereta yang dijual oleh pemilik kenderaan selepas menggunakannya untuk satu jangka masa,biasanya 20% -30% harganya lebih murah daripada pasaran.Terdapat sesetenggah kereta terpakai yang berada dalam keadaan baik dan mempunyai kadar pembatuan yang rendah,ada juga yang masih dalam jaminan.Sekiranya anda bertuah,anda mungkin mendapat kereta yang seperti ini kerana anda sebenarnya membayar kurang untuk kualiti dan perkhidmatan yang anda terima.
Pemeriksaan yang penting sebelum membeli kereta terpakai.
Pandu-uji[test drive] dahalu sebelum membelinya, ini kerana ia merupakan cara yang paling efektif untuk mengatahui keadaan kereta tersebut,anda masih mempunyai peluang untuk menolak kereta tersebut.Pastikan anda memilih jalan yang mempunyai bonggol jalan kerana kebanyakan penjual kereta akan memilih jalan yang lurus dan agak licin sahaja.Beri perhatian kepada sebarang bunyi yang dikeluarkan oleh kereta dan cuba buat brek kecemasan,berikut sedikit sebanyak perkara yang harus diberi perhatian:
1]Periksa pedal kereta, pastikan ia dalam keadaan baik.
Sekiranya pedal brek haus,ini bermakna ia telah banyak digunakan di bandar dan sekiranya pedal minyak haus, ini menunjukan ia banyak digunakan di lebuh raya....
2]Lihat keseluruhan badan kereta,sekiranya terdapat cat yang bertompok-tompok serta tidak seragam.Ini menunjukan kereta tersebut telah menjalani pembaikpulihan selepas satu kemalangan yang teruk atau mungkin juga berkarat.
3]Perisa sekiranya terdapat minyak yang bocor di bawah kereta,ini menunjukan kereta itu mengalami masalah.
4]Paip ekzos harus diperiksa jika telah berkarat. Jika paip ekzos ini bocor,ia akan berwarna hitam,maka pastikan paip ekzos tidak bewarna hitam dan tidak berkarat.
5]Lihat odometer dalam kereta untuk membaca jumlah pembatuan.Pembatuan merupakan jumlah kilometer yang telah di pandu dengan kereta tersebut,namun,tidak ada masalah jika kereta dijaga dengan baik.
6]Cuba lihat wayar dan paip sambungan dalam bonet kereta.Pastikan ia tidak berselirat keran ini menunjukkan yang anda mungkin perlu belanjakan wang untuk membaikinya dalam masa yang terdekat.
7]Perisa tayar sekiranya ia haus atau terdapat rekahan.Tayar yang kehausanya tidak seimbang menunjukan penjajaran[alignment] tidak dibuat dengan baik.
8]Getah pada pintu kereta haus. cuba buka dan tutup pintu kereta tersebut beberapa kali dan periksa
tingkap,terutamanya yang menggunakan kuasa automatik serta kunci kereta berfungsi dengan baik.
9]Buat sedikit menyelidikan tentang kecekapan penggunaan petrol kereta tersebut.Sesetengah kereta mempunyai kecekapan penggunaan petrol yang lemah.
10]Dapatkan nombor pengenalan kenderaan dan buat pemeriksaan dengan JPJ.Anda juga boleh menyemak sekiranya terdapat saman untuk kenderaan tersebut atau saman tertunggak.
Anda harus beringat bahawa jangan sesekali membuat pembayaran tanpa melihat geran kereta untuk mengelak diri dari penipuan,anda juga mempunyai pilihan untuk membuat pinjaman bank anda sendiri.Itu serba sedikit cara atau pemeriksaan sebelum membeli kereta terpakai.
Sekian ,happy reading,bindaudsblog,terimakasih.

No comments:
Post a Comment