Assalamualaikum salam 1 malaysia.
Telefon pintar posted by BinDaud.[18/3/2015].
Hati-hati membeli telefon pintar,kaji banyak faktor elak pembaziran.
Telefon pintar menjadi kegilaan generasi baharu,satu demi satu model dikeluarkan,namun tetap menerima sambutan hangat dan laris seperti pisang goreng panas.Namun, pengguna perlu tahu hayat telefon pintar kebanyakannya tidak panjang seperti telefon genggam awal pengeluaran dulu.Selain aplikasi yang membebankan penggunaan beteri,telefon pintar dikatakan mudah terdedah kepada virus ketika menlayari internet.
Sebelum membeli ,pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi kegunaan,kualiti seterusnya pakej pelan ditawarkan telefon berkenaan.Pembelian berbaloi dan mengambil kira bajet ditetapkan didapati melalui:
Tawar-menawar.
Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan.Lebih dikesalkan,ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan, sebab itu,jangan terus beli,sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawar telefon beserta aksesori terlebih dulu bagi membuat perbandingan harga.
Pilih yang menawarkan harga yang paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai.Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baru saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan,biasanya telefon bimbit akan turun sebaik model baharu dilancarkan.
Elak pembelian secara ansuran.
Aliran telefon pintar berubah saban minggu,persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baharu dalam tempoh singkat.Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu.
Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun. Sebaiknya,lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu tunggu sehingga harganya jatuh.Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih.
Hindari pakej pasca bayar mahal.
Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung melalui aplikasi Whatsapp,Telegram,Line dan sebagainya.
Pekej pelan internet itu meliputi 1MB[megabit], 2MB,5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan.Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih.
Untuk lebih penjimatan anda disarankan memilih pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit.
Utamakan aksesori penting.
Telefon pintar memerlukan perlindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar,comot,malah retak.Namun elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang mahal,ada kalanya tidak masuk akal.
Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan[handsfree],alat pengecas kuasa tambahan[power bank],sarung[casing] dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.Hati-hatilah membeli.
Sekian, terima kasih.Bindaud ...
