As Salam.
Sumber haiwan dalam kosmetik.
Jika anda khuatir kosmetik yang anda gunakan mengandungi bahan ramuan
daripada sumber haiwan,awasi dan elakkan produk yang mengandungi
bahan berikut.
#Ambergris- Diekstrak daripada saluran usus ikan paus sperma.
#Castoreum- Haruman yang diperolehi daripada kelenjar seks beaver.
#Hyaluronic- Diperolehi daripada balung ayam.
#Lanolin- Bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri.
#Mink oil- Digunakan sebagai pelembut dalam produk pelembap dan
sebagai perapi dalam syampu dan produk pedandan rambut.
#Spermaceti- Juga di kenali sebagai cetyl palmitate. Bahan berlilin
daripada kepala ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba.
#Tallow- Diperolehi melalui kaedah merebus organ dan tisu kambing,
biri-biri dan lembu selepas ia disembelih dan dilapah isinya.
#Allantoin- Diperolehi daripada sumber lembu dan terkandung dalam
krim serta losen.
# Gelatin- Protein yang diperolehi melalui keadah merebus kulit,tendon,ligamen
atau tulang lembu dan babi dengan air.Digunakan dalam syampu.
topeng muka dan kosmetik lain.
#Keratin- Daripada tanduk, kuku, pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan
yang telah dikisar.Digunakan dalam bilasan rambut, syampu
dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang.
#Musk oil- Diperolehi daripada alat kelamin rusa, beaver,.muskrat,
kucing civet dan memerang.
#Pristane- Diperolehi daripada minyak hati ikan jerung dan ambergris ikan paus.
#Ribonucleic acid- Diperolehi daripada sisa buangan rumah sembelihan, digunakan
dengan banyaknya dalam kosmetik dan syampu berprotien.
#Squalene- Minyak daripada hati ikan jerung dan sebagainya. Digunakan dalam
kosmetik,pelembap dan pewarna rambut.
#Stearic acid- Lemak dari lembu, kambing biri-biri,anjing dan kucing daripada
rumah pemeliharaan haiwan.
Paling kerap ia merujuk kepada bahan berlemak yang
diperolehi daripada perut babi. Digunakan dalam kosmetik,sabun
semburan rambut,pendandan,deodoran dan krim.
Bindaudsblog-kita pengguna.
Tip: Plih jalan ke arah ketenangan dalam segala hal dan banyakkan medengar daripada bercakap,
ambil tahu dan tunjukan minat tentang kejayaan orang lain.
_Prof Muhaya.
Petua: Orang cermerlang sentiasa fokus pada kejayaan dan mempunyai visi
dan misi yang besar dan bermakna.
No comments:
Post a Comment