Jus buahan segar

As salam,

Jus buahan segar, penawar asli bagi pelbagai kesakitan.

Jus buah-buahan mungkin dapat menghilangkan kesan minyak daripada
makanan yang dimakan,tetapi itu bukan cara terbaik untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Jus sebaiknya diminum ketika perut kosong bagi memastikan proses penghadaman
dan penyebaran berjalan dengan cepat. Ketika perut penuh, jus itu akan berada
bersama-sama makanan lain berjam-jam lamanya.Ia akan menapai,membentuk
asid dan gas berbahaya,

Oleh itu, minumlah jus terlebih dahalu sebelum anda menjamah makanan.apabila
tiba masanya makanan dihidangkan kepada anda, jus itu sudah dihadamkan.
Dengan cara ini, anda menikmati lebih bamyak khasiat daripada jus
asli tersebut. Tetapi janganlah anda mengharapkan keajaipan daripadanya
sekiranya anda sendiri tidak berusaha menjaga kesihatan yang baik.

Selain itu, anda seharusnya ingat bahawa jus buah-buahan sangat
bersifat "yin",oleh itu jangan meminumnya dengan berlebihan, kecuali anda memang
perlu berbuat demikian.
Maklumat berikut dipetik daripada buku Raw vegetable juices oleh
Norman W. Walker.


 Contoh: Air kelapa.
Air kelapa yang secara semulajadi bebas dari kuman,sebenarnya kaya dengan garam
galian.Memandangkan air kelapa merupakan diuretik yand kuat(pendorong
kehilangan air).Ia membantu pesakit yang menghadapi masalah sukar
membuang air kecil dan batu dalam buah pinggang, selain itu air kelapa
bersifat anti bakteria dan digunakan di India untuk mencegah taun. Bagaimanapun
air kelapa amat sejuk kepada sistem tubuh, oleh itu ia perlu dielak oleh
penghidap lelah, batuk kerana sejuk dan kesakitan lain seumpamanya,
termasuk masalah ketika hamil.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...