Radiasi

As salam,

Apakah radiasi telefon bimbit.
Sejak lebih 20 tahun lalu, para saintis kesihatan  pekerjaan Rusia telah mengenal
pasti bahawa RADIASI GELOMBANG MIKRO PARAS RENDAH (kurang daripada
0.1 mW/kg SAR*) boleh menyebabkan kesan pemanasan yang kuat ke 
atas binatang.

Ia mudah dilihat dengan mereneh perlahan-lahan  segelas air kedalam ketuhar
gelombang mikro. Anda akan mendapat suhu air melebihi takat didih beberapa
darjah celsius tetapi air itu tidak kelihatan mendidih.[*SAR, atau kadar penyerapan 
khusus, mengukur kuantiti maksimum radiasi yang diserap oleh sekilogram
tisu  daripada telefon bimbit. Ia adalah standard yang telah diterima di peringkat
antarabangsa bagi mengukur penyerapan frekuensi radio oleh tisu manusia].

[Nota: Kebanyakan telefon bimbit yang dianalisis dalam ujian di luar negara 
memancarkan  SAR yang lebih tinggi daripada di atas.]

Terdapat dua kemungkinan risiko pendedahan radiasi gelombang mikro
keatas kesihatan iaitu  'terma' dan 'bukan terma'. Kesan terma berlaku 
apabila radiasi secukupnya pada frekuensi tertentu diserap dan ditukar kepada
haba yang meningkatkan suhu tisu.

Kesannya dapat diukur dalam bentuk SAR.SAR bagi 4 Watt per kilogram telah
dikaitkan dengan kenaikan suhu 1 celcius dalam tisu manusia.

Walaupun kesan buruk ke atas sistem biologi secara resmi di ukur melalui
penjanaan kadar haba dalam tisu oleh tenaga radiasi, banyak bukti telah
menyarankan bahawa terdapat bukan kesan terma yang serius daripada
radiasi elektromagnet yang tidak boleh di pandang ringan.Kesan bukan terma
boleh berlaku pada pendedahan  paras rendah.

Sebenarnya radiasi elektromagnet yang dihasilkan oleh telefon bimbit
 adalah dalam bentuk radiasi tampa pengionan. Ia pernah dianggap sebagai
sesuatu yang tidak memudaratkan tetapi kajian kini menunjukkan ia 
mampu mengancam kesihatan manusia.

Penemuan ini menyebabkan orang awam dan komuniti sains mengubah
pandangan mereka terhadap radiasi bukan pengionan dan mengalih perhatian
kepada persoalan mengenai bahaya medan elektromagnet (EMF), terutama 
daripada telefon bimbit.

Sumber: Panduan Pengguna.

Sekian...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...